Ini blog hak milik gadis comel yang hanya menggunakan jari jemari untuk meluahkan isi hatinya ^_^

READERS :

الحمد لله




Alhamdulillah,
aku rasa bersyukur sangat Allah telah tunjukkan kebenaran yang sebenar dekat diri aku!
selama 9 tahun aku bersabar dengan mainan ini semua,
akhirnya semua rahsia dan tipu helah telah terbongkar,
thank you Allah SWT..
kerana telah membantu hambamu yang lemah ini,
aku sekarang sudah mulakan kehidupan bersendirian,
memang seksa, perit dan sedih untuk menerima semua dugaan dan ujian ini,
tapi demi maruah aku,
aku akan cuba untuk hidup tanpa teman yang teristimewa,
cinta aku sekarang hanya untuk Allah SWT, keluarga dan kawan-kawan,
FULLSTOP!!!
..........
Kepada kawan-kawan aku, aku tak akan lupa jasa baik korang semua yang telah banyak membantu aku selama perkenalan kita,
persahabatan di antara kita semua tak akan pernah putus sampai bila-bila!
dan aku nak korang semua tahu yang aku selalu merindui kenangan suka duka kita bersama,
tak ada siapa yang dapat ganti tempat korang dekat hati aku!
.........
Kepada awak, terima kasih sangat-sangat lepaskan saya. Walaupun terlalu banyak kenangan di antara kita berdua yang tak dapat saya lupakan! Tapi awak tak perlu risau, saya akan cuba perlahan-lahan lupakannya. Maafkan saya terpaksa berkata-kata seperti ini. Saya tak akan dapat terima awak lagi lepas ini, sebab sudah 2 kali saya bagi peluang dekat awak bersama dengan saya. Saya takut kalau saya bagi peluang lagi, benda yang sama akan terjadi.
Biarlah sesakit mana awak bagi dekat saya, saya tetap akan sayang awak dan keluarga awak sampai akhir hayat saya.Saya akui selama ini saya banyak buat kesilapan, dan macam yang awak tahu manusia tak pernah lari dari kesilapan! Saya akan tetap anggap awak sebagai kawan saya yang lain. Saya tak sejahat macam orang lain sanggup buang orang bila tak suka dan benci. Saya berharap sangat awak dapat cari perempuan yang saya impikan. Saya tak nak hidup awak sia-sia dengan perempuan yang hanya nak mempergunakan awak. Cepat-cepatlah cari cinta yang sejati dan kekal buat selama-lamanya! Amin..
Maafkan saya sekali lagi yee!!!
..........
Kepada orang yang telah salah faham, aku tak pernah nak pasang niat benci dan tikam kau.
Aku cuma minta jasa baik kau saja tak lebih dari itu pun. kalau kau terasa pasal apa yang aku katakan dekat wall tu, itu aku tujukan dekat ex dia, bukan dekat kau! Harap kau boleh mengerti.
Memang aku tak ada hak nak halang kau berkawan dengan dia, cuma aku rasa kurang selesa bila kau terlalu rapat dengan dia. Aku minta maaf terpaksa terus terang dengan kau. Kalau benda ini terjadi dekat diri kau satu hari nanti, kau akan faham kenapa aku minta kau buat macam itu! Aku tak suka nak benci dan malukan siapa-siapa!
Sebab itu bukan diri aku.
..........
Kepada orang yang suka bermuka-muka, aku berharap korang pergilah bertaubat! Ingat setiap perbuatan yang korang api-apikan tak akan dapat keampuanan Allah SWT. Kalau korang rasa diri korang hebat, korang hanya bermimpi. Sebab yang hebat hanyalah Tuhan bukan hambanya.
Aku akan maafkan korang kalau korang berhadapan dengan aku. Aku tak akan marah korang, sebab aku tak berhak. Sekarang terpulang lah dekat korang. Hak masing-masing kan!



P/S: Semuanya sudah terjelas, harap korang boleh faham!
tak ada manusia yang sempurna dekat muka bumi ini,
termasuk diri aku!
aku minta maaf dalam hal ini..!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^__^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...